Friday, December 24, 2010

kenduri time~~

yeahhh......... sudah tiba masa kakak ku menjadi milik BF nye.. ye! si dia telah pun selamat diijabkabulkan dengan En. Ahmad Hasnul Fitri pada 17 Disember yang lepas, kenduri on 18hb. Tahniah buat mereka... [its my turn after this..hehe] but it will be only after 4years perhaps :(
pn. shazwani
en. fitri


penantian ;P
selamat suda~~









dia cantik...
bak pahlawan Melayu..
hik3...
silat2
bersama telur :)
makan beradat.
aulia' masam betul! wif atuk
mak ayah n adik kita :)
biG famiLy
saya syg mereka <3
sabo2...
big famiLy juga :)
perasan sgt ..aFiQ naIm.
sorg lagik.. aDik Ku.EpuL

pengantin LAma: Abg UdiN wif k.JijAh

swEEt TEmptAtioN :)

EnaK banGat tuh <3

3beradik.. AnAkanDa paKNgah MAn

adilaH, Aulia', KuyaH

tahniah buat pengantin berdua. SEMOGA JODOH BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN DIKURNIAKAN KELUARGA YANG BAHAGIA, MURAH REZEKI dan saling membantu. hehe :)

now,, left two of us;;


the Next me:: hehehe....
lagi 4tahun ok ;)

~~rAsAkOkOy~~

Friday, December 10, 2010

10 Muharram.....

Sempena 10 Muharram 1423H, Khamis 16/12/2010 
SEJARAH 10 MUHARRAM
 
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
* Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
* Diterima taubat Nabi Adam a.s.
* Dicipta Adam a.s.
* Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
* Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
* Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
* Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
* Selamat Musa dan pengikutnya.
* Lemas Firaun.
* Dilahirkan Nabi Isa a.s.
* Diangkat Nabi Isa kelangit.
* Diangkat Nabi Idris ke langit.
* Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
* Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
* Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
* Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
* Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
* Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
* Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekahkepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan
rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca
Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa
ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah
dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada
Yang Lain-Lain.

::(Ust. Mohd Nor Azmi B. Abdullah)::

Monday, December 6, 2010

Edisi #2... Karnival 3

hehe.. I'm back! dengan gambar2 dan perkara yg dijanjikan.....

#1:: What I've gained from this program..:: macam2 u ols! Kuyah dapat kenal anak2 Labuan, dapat mengenali Labuan juga :). Kuyah teringin sgt nk ke Labuan, bila da dapat peluang berkenalan dgn org Labuan ni, maka networking da berkembang. so, bila ada rezeki nk ke sana, mudah la nnti nak jalan2,,hehe.. da ada jurupandu pelancong (",).
Then, from the inside, kuyah learned how to handle persons. bukan mudah nak kawal 23org manusia yg mcm2 perangai ni, tpi alhamdulillah.. mereka sgt bagus! cuma mereka sgt suka bergambar! haha.. sampai kena tinggal bas. Nasib baik alasan utamanya bukan sbb bergmbar. tpi sbb Pengarah Negeri Selangor yg berbual2 ngan diorang tu yg jadi lmbat..hehe. haha... bila da learned how to handle persons, mesti la maksudnya da learned how to handle myself!... yup! i've learned how to manage myself. terutama sekali pengurusan masa..aku sedaya upaya menepati masa dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Masa Itu Emas,, betul. Aku berjaya membuatkan mereka tidak tertunggu2 kan diri ini. biar diorang lmbat, bukan fasi ok! hehe....
Dikesempatan ini juga, aku telah berpeluang mngenali beberapa org dari MTM k10. yep,, aku mmg xpernah kenal mereka2 ini. dan alhamdulillah, dgn izin Allah, tak pulak timbul masalah aku berurusan dengan diorang. [kalo dorang rasa aku bermasalah xtawu la plak kan,, huhu]... Aku suka cara mereka bekerja, n aku respect la ngan dorang.Hopefully, lepas ni dapat lagi la kita bekerjasama ye.. haa,, mesti2 sebab Munai de bgitawu pasal Hari Kanser tahun depan k10&k11 akan bergabung utk tarian cuti2 1Malaysia. huhu...
Program ini juga membuka mata aku tentang tempat2 pelancongan di Malaysia. mmg byk lagi yg belum diterokai... InsyaAllah, ada kelapangan dan rezeki utk melancong, aku akan pusing2 Malaysia utk mengenali M'sia dgn lbih mendalam. Pelancongan bukan shj utk suka2, tpi juga utk tujuan pembelajaran dimana kita akan lebih menghargai negara sendiri. Inilah semangat yg semakin hilang dan perlulah dipupuk pada remaja dan anak muda sekarang!

#2:: gambar Anak2 Labuan, Cikgu Labuan, Pegawai Pengiring Labuan & Fasi Labuan yg best sepanjang karnival 3P!!!

ENJOY (",)

1st day :: I-City, Shah Alam.... escort by police and ambulans lagik :)


cikgu pengiring :: Madam Liberie & Madam Norah Tan
keceriaan yg terpancar bersama panda itu...

memang kaki kamera!

jejaka howtt!!
wajah2 kontinjen dari Labuan

lagi dari mereka..

Pegawai Pengiring:: Miss Lily + En. Suhaimi,, +sang penyibuk!
tarian cuti2 1 Malaysia
hoooo.... stage depan tu.. bergaya x kami ;) hehe






The next2 day:: HAri berSuka RIaaa...
persembahan dari fasi2 UPM

Fasi Labuan:: kuyah + safin

bersama adik2 yg gila kamera ;P

peserta kuiz pelancongan pelajar

persembahan fasi lagi:: menampilkan lagu Hijau, Zainal Abidin... mantap giler!

empunya kamera, Awin.. thanx 4 da beautiful pic :)

Taman Konservatif UPM @ IBS

Awin, Cryst, Frank, Daniel..

Kami ditinggalkan bas pada malam ini ;(

yeahhh.. menari beramai2

Majlis Perasmian Bola Futsal @ Pavillion, K.L.. hehe

Gadis 'Lesung' :: Siti Azrina

1 Malaysia.. Malaysia Boleh!!

Miss pengiring :: Miss Lily - gila shopping ni!-

(",)

bersama Awal & Eira ERAfm

lagi di Taman Konservatif UPM.... bagus ni bhaaa





Semoga bertemu lagi adik2.......... Ingat akak di sini ye :D

dan nampak gaya adik Daniel akan dtg UPM lgi :) hehe.. tahniah daniel...

~~rAsAkOkOy~~

Saturday, December 4, 2010

geram!!

mau update blog with benda2 yang dijanjikan tu tapi gambar2 tu da cut masuk pendrive n now pendrive tu ilang plak :(
terpaksalah menanti dengan sabar...............

p/s:: Bosan duk umah :( lots of thing to do but dont know how to start.. need guide... huk3....

Harry Potter xtgk lagik :( aahhh... banyaknya benda nak buatttt.............++ my lappytoshi yang rosak tu pun xanta repair lagik. but da ask harith to repair. waiting for his free time now (>.<)...God pliz let him free 2-3 hari ni so that he can repair my lappytoshi a.s.a.p as my brother will balik to Poli Arau esok je da ni.. nnti saya sunyi sebab tiada laptop....

p/s no.2:: tadi usya2 tiket flight ke Labuan... yg MAS xyah citer la kan... paling murah 200++.... AirAsia paling murah rm83... tu pun on tues or wed,, ari lain jarang murah max rm300... huahuahuaaa... tggu da keje jgak la nak melancong punnn~~~~~~~~~~

~~rAsAkOkOy~~

Friday, December 3, 2010

Karnival Program Pelancongan Pelajar 3P.

assalamualaikum n salam 1 Malaysia...
hye u olsss... sunyi kan blog kokoy? lama xmenjenguk.. dan tidak dijenguk.. hehe...
maklumla,, kokoy jarang menulis. apatah lagi menaip.
tapi hari ini, kokoy ada satu cerita untuk kawan2 semua... Cheritera Chinta.. hehe
bukanla.,. gurauan senda saja tu..
kisahnya tentang Karnival Program Pelancongan Pelajar (3P).
iye,, baru 1st time dgr?hee,, xikut perkembangan dunia langsung!haha ;)
alkisahnya beginila...
tersebutla kisah,,,, kuyah berminat menjadi fasi untuk program ni. 
Program ni merupakan anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berlangsung selama 4H3M di Universiti Putra Malaysia (UPM).. dan penempatan di kolej 10, sebb tu kuyah ley jadik fasi.. hehe :) excited gile pasal jaga adik2 sekolah menengah++dapat elaun RM50/day. peh,, 5hari je kot kne jaga,, dpt la RM250 insyaAllah... bukan tu aje, kami juga dapat souvenirs, ada t-shirt 3helai, sehelai trackbottom, topi, badge, tuala kecik,.. haish,, macam2 kan? beruntung sungguh!

Program ni mula 28/11 berakhir 1/12/2010.... kokoy ditugaskan untuk menjaga kontinjen dari Labuan... Labuan???? mulanya mmg cm tu la respon kokoy.. tmbah pulak jaga ngan Safin. eh, sapa tu??apesal aku xpenah dgr nama dy.? ah..sudah... riso macam2 da ni.. tpi xpe ah, ngn sapa pun, keje mesti jalan sebagaimana gaji tu berjalan..hehe.. Mula2 dlm hati mmg nak je tukar, pasal nak jaga budak Putrajaya tpi malas ar nak pjg cerita, n pikir2 bawak budak Labuan best juga bha pasal dapat kenal2 org lain sama.[Labuan kan lain dari semenanjung ni]....

Kerja bermula pada hari Ahad.. menunggu 19org adik2, 2org guru pengiring dan 2org pegawai pelancongan pengiring dari Labuan.. Madam Norah Tan and MAdam Liberie cikgu dorang... uish, cikgu aja omputih ni. tergeliat lidah gua talking2 to them..hehe... then, Encik Suhaimi and Miss Lily pengiring.. NAma adik2 biarlah dirahsiakan [walhal malas nk tulis!]... Kontinjen dorang ni sampai dalam pukul 1.45p.m di LCCT.. and dalam kul 2.30 kami sampai di kolej. Masa mula2 tgk dorang ni, muka masing2 serius. penat agaknya naik flight tu..huhu.... Sesi Ice-Breaking dpt jap je pasal da sampai pun lewat, so dpt tawu nama masing2 jela.... aku pun apelagi,, bantai jela nak sebut nama dorg ape kn..hehe...patut aku ngn safin tu pn kne ada ice breaking r..haha... so, sesi petang tu tamat dengan makan malam jam 6.30 p.m... malam tu.. I-city time!!!best, kne eskot polis...huhu..budak2 Labuan ni mmg best giler,, dorang sgt2 la excited tgk I-City. maklumla, mmg xpenah dtg pun. tu yg syok.. mcm bwk foreigner lak aku pun... 
I-City,, dancing2 tarian cuti2 1Malaysia... peh,, peluh basah baju aku!menari bagai apa lagi kan.. ada 7tarian semuanya.then balik................

hari kedua, ISnin. 29hb 11 2010.... bagi aku bOsan pasal spanjang hari Kuiz Pelancongan 3P ni.. mmg ini tujuan asalnya pn lawatan dorang ni.. Labuan tersingkir di saat awal lagi. n tahniah to Selangor sbb dpt no.1... tapi seronok handling budak2 Labuan ni sebab mmg senang la,.. dengar kata, sporting.mengekspresikan diri.. peh,, good2 la they all.. and aku expect dorang ni mmg pelajar terbaik skola masing2 la. eh, lupa, Labuan ni diwakili oleh pelajar dari 5skola skitar Labuan.

Hari keTiga. Selasa. 30hb 11 2010... haha,, gila day!! Awal ngan iera erafm jadi pengacara utk kuiz peringkat akhir ni.. tpi tu bukan kegilaannya.. yg gila pasal aku ngn fasi2 lain kne perform malam ni depan timbalan menteri pelancongan n others dlm dewan tu... erk,,,,,, gilooorrr.. aku xpenah kot!!! segala debaran semua tertonjol. dan seperti biasa degupan terlalu laju menyebabkan aku asyik nk termuntah je..haha.. bikin malu suda.!! tpi alhamdulillah,, performance mmg cantik. dpt pujian lagik! great..hahaah... ape peranan aku?hihi,, aku menjadi backup singer la weyyyyyy.............. mekap mau tebal seinci punya.haha.... 

Hari keEmpat. Rabu. 1hb 12 2010..... Jalan2... n Labuan dapat peluang ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM dan Taman Konservatori UPM, sng kata Institut Biosains. Aku betul2 xde tapi2 lagi nak kata lawatan fakulti tu bosan!! penerangan xmembina langsung. walaupun budak2 excited tgk tulang rangka n anggota badan manusia tu...itu jela kot yg bley diterima akal... lain suma hancai. baik gi tgk lembu... Then yg taman tu syok pasal hutan.hhehe,, jiwa aku kan jiwa taman. macam2 tumbuhan liar ada dlm kawasan tu, bgi tujuan kajian utk keguaan perubatan atau lain2. paling best pasal jalan2 dalam tu, kita dibekalkan I.Pad! peh,, canggih gila UPM ni.. haha.. baru taw?? bangga kan?............ Suppose check out petang ni, tpi oleh kerana Labuan flight kul 7a.m sok so budak2 ni dibawa berjalan ke K.L.... tpi mmg aku sumpah la pakcik bas tu. SOMBONG!!!!gerammmmmmmm.. and malam tu jugak aku bawak budak2 ni jalan Putrajaya dgn kreta. tpi 7org je yg muat ikut.Luckily, Pojan n Esso mau ikut serta,, dapat la gi ramai sket.. dorang bosan la tu kt kolej..haha....... and Gincu bawak kereta Keem, bawak budak2 Sabah dy jalan sama kitorang..
 Byk tempat gk kami gi... tengok2 keindahan alam ciptaan Tuhan sambil menikmati pemandangan buatan manusia yang bijaksana kurniaan Illahi.

Hari keLima.. eh, ke5?? kenapakah...? yala...kan suda dibilang Labuan flightnya jam 7a.m.. 2hb 12 2010.. malam tu balik dri Putrajaya aku lepak bilik adik2 Labuan iaitu bilik Azrina n Marcel. Bajet xnk tido pasal budak2 ni bertolak jam 5a.m dari sini,, tpi mata mmg berat... tidur jugak la. yg bestnya, si Marcel tu ngigau..mcm marah2. hahaha.... terkejut kami semua.haha....jam 4a.m semua da bgun siap2.aku pun turun bawah, nak check2 makanan diorang.. n siap sedia nk kutip kunci masing2 tu.. n ofcoz aku xsuka berpisah! aku suka bha sama mereka... sporting masing2. mmg sama mcm steven!!! huk3 :(
jam 5a.m mereka naik bas, meninggalkan kolej 10.. I hope mereka akan kembali ke sini, tidak kira la dengan apa jua tujuan mereka. n akk doakan adik2 akak semua berjaya dalam peperiksaan penting next year. Ada yang akan menduduki SPM dan juga STPM nxt year.. Study Hard, Study Smart guys! LOve u <3

Nanti kuyah update lagi pasal karnival ni, pasal entry ni da panjang sgt bhaa.. gmbar2 tiada lagi kerana sedang menunggu adik2 upload.. so, sekian disini... eh, lupa.. tema karnival ini adalah 1Malaysia Bersih dan Indah. Siap ada laman web ni >>> www.1malaysiagreenandclean.com.my 

next episode:: > what i've gained from this program
                     >  lots of pic!! hope so :D
                     >  my new resolution[hope]!!

~~rAsAkOkOy~~