Thursday, May 23, 2013

Tribute untuk dia yg ku kagumi

Dia yg ku kagumi

Dlm hidup ku ini, ada seorang jejaka yg amat ku kagumi. Kerana kesetiaannya kepada kedua ibubapanya. Sedang pemuda2 kampung yg lain berlumba2 mencari rezeki di luar negeri jauh dari keluarga, si dia hanya mencari kerja sedekat mungkin dgn org tuanya. Katanya itulah keberkatan, itulah rezekinya. Tidak mungkin dia tinggalkn. Walaupun bekerja di tempatnya itu gajinya agk kecil berbanding di bandar, namun dia tetap berusaha juga dgn membuat kerja sambilan. Dia sanggup buat apa saja, asalkan dapat menjaga org tuanya. Sedang cintanya dikhianati, dicemuh pula kluarga si kekasih, dia mendiam sahaja. Bukan jodoh katanya. Biar hilang kekasih, jgn sesekali hilang keluarga.Namun kini dia tekad utk membuktikn segalanya bukan pd harta. Dia kini sudah mampu melamar seorg gadis dan tak lama lagi bakal menjadi suami si gadis itu. Alhamdulillah.. Aku harap si gadis itu dapat menerima dia sebaiknya, juga dapat membantu menjaga kluarga si dia sebagaimana si dia perlukannya. Itulah tanggungjawab seorg lelaki pd kluarga. Yg utama kedua ibubapa. Sampai akhir usia, itulah tanggungjawabnya. Kau yang ku kagumi. Kau yg sentiasa bermurah hati. Sentiasa ada bila aku perlukan. Semoga kau sentiasa mendapat keberkatan Illahi dlm apa jua yg kau lakukan. Semoga masjid yg bakal dibina bahagia bercahaya bersinar2 dgn redha Illahi. Semoga ke akhir hayat utuhnya. Semoga kedua ibubapamu terus bahagia melahirkn anak sepertimu. Kau, yg masih di dalam ini.