Monday, April 18, 2016

Uptown Taman Equine, Seri Kembangan

Halluu Malaysiaa..

Tempat menarik kat Seri Kembangan. Salah satunya pastilah uptown kan? Hehe.. Memang best rupanya lepak uptown nii.. Ku pikirkan jual barang2 sama je semuanyaa.. Rupanyaaa boleh tahan.

Alkisahnya kitorang suami isteri ni saja la berjalan uptown ni. Suamiku nak mencari boot dan lampu untuk kegunaan memancingnya. Pusing2, tak jumpa. Tapi memang tak habis pusing lagi, tak larat berjalan sangat time tu. So sebelum chow, kitorang beli sengkuang calit (fevret kott..hehe) dan juga air jagung kat pintu masuk uptown tu.. Pehh air jagung dia gua cakapp, yang tengah penat semua boleh kuat. Memang terangkat! Jangan lupa singgah beli laa. Rugi tak merasa oiii.

Uptown ni start jam 9 malam tapi aku perhatikan jam 10 malam la baru semua kedai bukak. Kedai tak banyak tapi jual pelbagai barangan. Tidakla kauorang pusing pusing punya jauh jumpa barang yang sama aje kan! Hehe

Actually, macam-macam kedai ada. Dan aku punya pengalaman layanan diorang memang best la.. Kecuali satu kedai tudung yang aku lupa namanya, bini dia layan tak layan sangat tapi suaminya okay layan bersungguh. Maybe bininya tu ada urusan la time tu kott. Haha. Tapi aku membeli la jugak sebijik bubble shawl kat kedai tu. Hehe..

Harga overall okay la. Boleh kawtim punyaa. Barang pun baguss, kualiti standard la uptown kan. Hehe.. Cuma aku pelik, baju-baju blouse perempuan susah bebenor la nak kawtim. Macam fix pulak harganya. Sama harga dengan online, baik beli on9 kan.. Takdela penat menapak. Haha

Kedai makan. Haaaa jangan risau la kalau da pusing2 tu tetiba perut berkeroncong untuk nasik pulak. Kat sini banyak jugak gerai2 makanan dengan aneka pilihan hati untuk santapan perut kalian. Dah try char kuey teow kerang dan asam pedas ikan kembung kat kedai mai taiping char kuey teow. Harga ok boleh tahan. Cuma rasa untuk char kuey teow agak kureng laa. Macam xde umpphhnya tu... Ikan asam pedas tu sedap, puas hati. Asam pedas guna ikan segar dan cara masakannya asam pedas johor *suamiku kata*. Kami jugak dah sempat try makan nasi goreng kampung kat kedai "taste of dean corner". Rasanya sedap jugakla cuma kureng sikitt sebab nasi goreng kampung patutnya warna gelap sikit tapi dia buat warna putih terangg. Haha.. Dah macam nasi goreng cina daaa.

Lepas tu ada jugak kedai terapi ion daaa.. Hehehe. Saja nak toraii. So harini berterapi ion la kite (ye,harini datang lagi ke uptown buat kali ke-4) sebenarnya semalam da datang. Encik suami ni la beria suruh kte buat terapi ion. Sebab banyak sangat penyakit gaknya. Haha. Tapi semalam takde mood dan rupanya suamiku itu memang bersungguh nak kte try terapi ni. So arini merelakan jela kaki untuk berion. Will see the result after terapi ni nanti. Pernah baca katanya terapi ion ni tipu, sebab was was so nak try tengok resultnya. Maklum la iolss sekarang ni skeptikal sikit dengan segala jenis macam perubatan. Mana tahu berkesan untuk rawatan urat2 ku ini. Hehe.. Kalau berkesan nnti kita hupdate lain entri okayy. Oh dan harganya rm10/rawatan.

Kat uptown ni jugak ada dataran lepak2 santai bersama kluarga.. Ada khidmat sewa rollerblade untuk layan sukan memalam. Hehe..

Sikit update, kat belakang area dataran tu ada kedai jual barangan macam beg2 dan kasut2 keperluan camping dan hiking cenggitu. Ada jugak jual jubah lelaki, jubah perempuan tapi x sempat pulak nak usya harga. Hehe. Kasut yg dijual tu original punya, bukan gred2 punya boss. Hehe. Memang menarik..

Gitula sikit2 mengenai uptown seri kembangan ni. Lokasinya kat belakang dari The Atmosphere 360, dan bersebelahan dengan Farm In The City.. Simply waze or google je Uptown Taman Equine. Kompom hade..

Sekian, Siti Naquiah melaporkan ketika berterapi ion namanya. Hehe :)

1 comment:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 4 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 72hrs
    Get unsecured working capital?
    Email us: fastloanoffer34@gmail.com
    Whats-app us on +918929509036

    ReplyDelete