Saturday, May 22, 2010

Kenyataan Hidup Disebalik Permainan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah ‘Kapur’, jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam’
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik walaupun di bulan ramadhan, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada anak muridnya.

“Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskannya.
“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”
Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.“Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan….”
“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan.Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?” tanya murid-murid.
“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.”
“Begitulah Islam…Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun”.
“Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang…”

taken from:: PMIUPM
untuk renungan bersama.

~~rAsAkOkOy~~

HAIRSPRAY



currently watching hairspray at TV3.
You Can't Stop The Beat...!!
Da lama sangat menantikan rancaNgan ni muncul di kaca televisyen...
Dulu tengok sangkut2 CD rosak, xfeel... feel tang lagu jek...
Sekarang baru layannnn>>>

Pasal movie ni.. Hairspray merupakan musical movie, tempat nya di Baltimore. Dancing2 mmg banyak la. Diorang menari2 dalam rancangan "corny collins show". Semua mantap2... Layan beb. Cerita ni ada gak pasal orang kulit hitam n kulit putih. Biasa la tuh.. And paling aku suka pasal story ni is pasal orang GEMUK yang susah diterima masyarakat masa tu. Kesian si emak tracy tu, badan besar jadi dy malu untuk keluar umah n bermasyarakat. Tapi anak dy slumber gila. Sebuah cerita yang memang enjoy with music and dance. Kalo tengok memang tergedik2 kaki la nak menari sama.. huhu.. Zac Efron jugak sangat la hensem n cool dalam berita ini..heeee............... I like it a lot! also to heroin:: Nikki Blonsky.hehe... Lakonan yang sememangnya mantap.

I love this quote:: Imagine! My little girl... regular, at last.! hehe...



Berikut merupakan soundtrack2 for Hairspray::

"Good Morning Baltimore"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"The Nicest Kids in Town"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"It Takes Two"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"(The Legend of) Miss Baltimore Crabs"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"I Can Hear the Bells"
Music by Marc Shaiman

"Ladies' Choice"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"The New Girl in Town"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Welcome to the 60s"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Run and Tell That"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Big, Blonde and Beautiful"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"(You're) Timeless to Me"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"I Know Where I've Been"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Without Love"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"(It's) Hairspray"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"You Can't Stop the Beat"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Come So Far (Got So Far to Go)"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Cooties"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Mama, I'm a Big Girl Now"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Breakout"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"The Nicest Kids in Town (Reprise)"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Boink Boink"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Trouble on the Line"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman

"Tied Up in the Knots of Sin"
Music by Marc Shaiman
Lyrics by Scott Wittman and Marc Shaiman




    ::enjoy::
    ~~rAsAkOkOy~~

    Friday, May 21, 2010

    best sangat youth'10 ni...explore la tgk..

    http://malaysia.youthsays.com/boer21/youth10-concerts

    nEw idEa haS comE


    SALAM PEMBACA


    All of sudden kan, kokoy rasa nak post banyak2 topik berkaitan dengan TIDUR. So anda2 yang sememangnya suka tidur, nantikan lah topik2 yang bakal kokoy post berkaitan dengannya. Sekarang ni perlu buat some research dulu supaya maklumat & informasi dapat dikumpul dan disahkan benar.
    Sesungguhnya tidur itu merupakan suatu hak pada badan kita, maka kita wajib menyempurnakannya. Cuma janganlah sampai ia mendatangkan penyakit kepada badan kita pula.

    Renungan bersama::
    Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa baginda nabi s.a.w telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.



    ~~rAsAkOkOy~~

    TIDUR1::bahana tidur petangku

    Salam semua....
    Malam ni kokoy xbleh tidur, jadi kokoy mengambil keputusan untuk berblogging.[setelah bosan+penat men"drawing" graffiti di fb dan berjalan2 di blog yang menjual shawl=)]..
    Oleh kerana xboleh tidur jugaklah, kokoy tiba2 terlintas untuk menulis blog berkenaan TIDUR a.k.a SLEEP.
    boleh dikatakan la, hobi kokoy ni tidur sebenarnya.hehe..tapi sedang berusaha untuk tidak tidur pada waktu yang tidak sepatutnya kerana bahananya lebih banyak kemudian.
    Kenapa kokoy sebut bahana? hmmm... kerana kokoy selalunya akan tidur lepas balik dari kuliah@belajar [konon2 ikut sunnah] dalam kul 1p.m tapi sampai petang,, maksudnya akan terlepaslah sembahyang zohor dan kadang2 tu terbawak2 sampai maghrib yang mana asar pun sama la terlepas..astaghfirullahalazim,,teruk2!! Bila bangun petang tu pulak, kepala pun mula la sewel xtentu arah(rugi je study sebelum tu),bad mood,sakit kepala, sakit badan..sume ada la. Sebab tu sunnah nabi s.a.w cuma sampai sebelum masuk waktu zohor jek! Boleh nampak kan kerugian masa disini. Masa yang sepatutnya diluangkan untuk bersama teman2 atau melakukan aktiviti harian seperti basuh baju, kemas bilik, beriadah dah terlepas macam tu sahaja, hanya kerana nafsu yang nak tidur tu.. malam pulak sepatutnya belajar dan mengulangkaji tpi oleh kerana da xdpt wat aktiviti2 tdi waktu petang, terpaksa la gnti waktu malam. hah, bila masa nk blaja?? ptut la pointer cam hantu je. xde masa nak blaja. Last2 terpaksa la stay up until dawn, semata2 nak menyiapkan tugasan2, itupun last minute sangat da. Sebab tu kokoy berazam, xnk tidur petang lagi. Balik kuliah kena mandi, segarkan badan. Kalau perlu je take a nap, tapi xbleh lebih2.



    Yeah...azam baru:: TAKNAK TIDUR PETANG LAGI!! tingkatkan prestasi, jangan tidur petang lagi. tengahari ok!


    SEKIAN,TERIMA KASIH
    ~~raSaKoKoy~~