Tuesday, August 10, 2010

FIRE DRILL

kreennnnggggggggg!!! alarm kecemasan berbunyi..................................
ouh, I don't like that sound very much! memang membingitkan telinga si pekak ini... 

Hari ini tanggal 10.08.10, kolej kami mengadakan latihan fire drill, utk melengkapkan diri kami pelajar kolej 11 dengan persediaan menghadapi kebakaran. Dan kokoy sebagai KB, diberi tugas khas untuk memastikan setiap aras yang diberi pada kokoy clear daripada manusia. Alhamdulillah, feedback yang diterima menyatakan aras yang kokoy jaga tu memang semuanya turun. Pada awalnya kokoy gelabah jugak, sebab 1st time jadi 'fire warden' ni, mcm2 dalam kepala otak, tpi kokoy mencuba juga dengan terbaik. 

Sebenarnya, latihan ini merupakan suatu rahsia pihak pengurusan kolej bersama Top5 MTM dan KB, namun atas sebab2 tertentu terbocor juga la rahsia kerajaan ini. Makanya, kami mendapati respon yang diterima agak hambar dan paling kokoy kecewa dengan sikap pelajar final year. *mereka memang tiada kesedaran*! Kokoy da rasa bosan dengan sikap pelajar final year ni, langsung x supportive. Even budak master yang bayar tiap2 bulan kos penginapan kolej ni pun lbih bagus dari dorang2 tuh. Bajet final year da bagus sangatla... Oppss.. kan kokoy da hangin,, hehe...

Fire drill ni pada pandangan kokoy memang perkara yang paling mustahak sekali kita perlu tahu bila kita memasuki sesuatu premis, bangunan2.... Kokoy amat bersyukur dan berasa bertuah kerana tergolong dalam golongan yang mendapat taklimat secara langsung dari pihal bomba sendiri mengenai kepentingan fire drill ni. Melalui latihan ini, kita dapat mengetahui langkah yang terbaik dalam menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan terutamanya kebakaran. Namun, setelah melakukan latihan ini, kami sedari bahawa banyak lagi perkara yang masih terlepas pangdang oleh pihak kolej. Banyak improvement yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi sistem keselamatan kolej 11 tercinta ini.

Namun apa yang paling penting, kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri demi menjayakan latihan ini. Apabila setiap orang memikirkan mereka berada dalam situasi sebenar, barulah mereka akan tahu kepentingan melakukan fire srdrill ini secara berkala. Apa yang boleh kokoy simpulkan dari aktiviti tengah malam tdi a.k.a 2.30am, adalh masih ramai lagi pelajar yang sememangnya sambil lewa dalam menyelamatkan diri dari kebakaran. Apa yang perlu diingat adalah, bukan api sahaja penyebab kematian dalam kebakaran, namun asap dari kebakaran itu juga merupakan pembunuh utama. Kokoy sokong kenyataan oleh pihak bomba ini sendiri kerana pengalaman kokoy tadi memang sama seperti ini. Kokoy hampir sesak nafas setelah tersedut asap kebakaran, dan kokoy hampir pengsan.. Bayangkan kalau ada yang tak turun masa kejadian dan tingkp bilik dibuka, pasti ada yang akan benar2 terkorban kan? 

Apa2 pun, hari ini memang rmai yang cembru ngan kokoy sebab kokoy pakai tudung bling2 tdi... hehe.... sory, tudung tu je paling xcantik tp mudah dipakai... hik3... peace no war ok!!!

Salam Prihatin
~~rAsAkOkOy~~

No comments:

Post a Comment