Thursday, August 5, 2010

Dan Bila Esok

~~Dan bila esok, kita kan bertemu kembali, masihkah ada ruang...eh...

Salam semua. Sory ye,, seronok sangat nyanyi lagu ni. Sedap je masuk telinga kan. Post hari ni memang nak cakap pasal lagu ni pun. Sedikit sebanyak lagu ni sebenarnya ada jugak la kaitan dengan kokoy. Bila kokoy hayati semula lagu ni, memang itu la yang kokoy nk sangat nyanyikan pada si dia... hihi. Walaupun lagu ni dari lelaki kepada perempuan, tapi kokoy nk amik jugak lagu ni untuk ditujukan kepada si dia yang sudah tiada di sisi kokoy.

Biarpun kokoy bukan la mengharap sangat pada si dia, namun hancur juga la hati ni bila kami terpaksa berpisah. [ah, kumbang bukan sekor la, xyah sedey2]..Kisah kami bermula masa belajar di PKB dulu. dan juga berakhir setelah tamat pengajian di PKB ni, haha... boley x cinta macam tu? kih3... tapi ini la kenyataan nya. Mungkin jarak jauh tu tak sesuai buat kitorang, dan masing2 sudah mula membawa haluan masing2, sibuk mencari kerjaya. Masa tu kokoy pun sibuk2 gak la nk cari kerja walaupun pulun nak sambung blaja sebenarnya.. hehe... So, memang kami xde masa sangatla utk SMS or kol2. Jadi hubungan itu pun mulai pudar. Last2, kata putus perlu dilafazkan. dan kokoy menerima seadanya kerana keputusan itu dari kedua2 pihak. Cuma sampai sekarang, jauh di sudut hati kokoy, kokoy tahu yang kokoy mengharap si dia akan kembali bersama kenangan indah suatu ketika dahulu dan membajai semula hati ini.. hummm.... **a dream is still a dream**

Sekarang masing2 da ada haluannya. Kokoy sambung belajar di UPM, while si dia terus bekerja (sebab mmg si dia xde minat langsung nk further). Tapi kokoy suka sebab masa konvo dip aritu, si dia melayan kokoy dengan baik dan sayang tu masih ada. I love it!. but I also realize that it is only for a short time, as I am in front of him, when I'm gone, he left me. hahaha.. MAN!

Dan pengalaman bersama si dia membuatkan kokoy lebih matang dalam menilai perhubungan. N also membuat kokoy lbey memahami seorang lelaki. Thanx awak kerana memberi saya peluang menyayangi dan disayangi awak pada ketika itu ;) ..

Last but not least, kokoy selitkan jugak video klip lagu Dan Bila Esok by Sofaz untuk tatapan anda semua.


Dan Bila Esok - Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya
  
::LOVE::
~~rAsAkOkOy~~

2 comments:

  1. poyonyerrrrrr..huhuuu
    ni sape ni?oyen?fazwan?haiii..tu la..byk sgt boyfren

    ReplyDelete
  2. kih3...
    btw,, i dont know how to put video on blog. can u teach me how??
    every time i go to tutorial, mesti connection ngh low gle masa tuh...

    ReplyDelete