Friday, December 10, 2010

10 Muharram.....

Sempena 10 Muharram 1423H, Khamis 16/12/2010 
SEJARAH 10 MUHARRAM
 
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
* Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
* Diterima taubat Nabi Adam a.s.
* Dicipta Adam a.s.
* Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
* Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
* Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
* Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
* Selamat Musa dan pengikutnya.
* Lemas Firaun.
* Dilahirkan Nabi Isa a.s.
* Diangkat Nabi Isa kelangit.
* Diangkat Nabi Idris ke langit.
* Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
* Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
* Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
* Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
* Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
* Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
* Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke
dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti darikecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekahkepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat: 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana
Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan
rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat: 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca
Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa
ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah
dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada
Yang Lain-Lain.

::(Ust. Mohd Nor Azmi B. Abdullah)::

No comments:

Post a Comment