SALAM PEMBACA
All of sudden kan, kokoy rasa nak post banyak2 topik berkaitan dengan TIDUR. So anda2 yang sememangnya suka tidur, nantikan lah topik2 yang bakal kokoy post berkaitan dengannya. Sekarang ni perlu buat some research dulu supaya maklumat & informasi dapat dikumpul dan disahkan benar.
Sesungguhnya tidur itu merupakan suatu hak pada badan kita, maka kita wajib menyempurnakannya. Cuma janganlah sampai ia mendatangkan penyakit kepada badan kita pula.
Renungan bersama::
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa baginda nabi s.a.w telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
~~rAsAkOkOy~~
No comments:
Post a Comment