Wednesday, July 10, 2013

Mimpi Ular

Mimpi ular
Oh mimpi ngeri, saya x pasti mainan tidur atau petanda.. Ya Allah, sekiranya petanda buruk, jauhkanlah diri ini dari perkara yg tidak diingini. Dah 2x mimpi ular. Yg first time mimpi, ular tu masuk ikut belakang badan, yg 2nd time cuma berlegar2 di luar bdan. Astaghfirullah. Bangun2 mmg terus mengucap, rasa sakitnya badan masa tu. terus bukak tenet google pasal mimpi ni. Sblum ni org duk citer mimpi ular pasal jodoh je, tp sy x percaya hanya ttg jodoh padahal mimpi tu amat menakutkan. Takkan la jodoh tu teruk kan? Haha. Mestilah indah..
Ok, setelah membaca beberapa blog, sy tertarik dgn statement tafsiran mimpi ular ni. Blogger tu tulis, kalau mimpi ular tu masuk dlm badan ikut blakang exactly mcm mimpi sy tu, maksudnya ada bnda hitam da msuk dlm badan. Urghh seram! Ok, first of all, mimpi ular ni berkaitan dgn ilmu2 sihir or hitam yg kita x nmpk tu. mimpi kedua pulak ular cuma diluar badan mksudnya benda x masuk dlm badan. So utk kepastian sy cerita kt enchek oren sy yg kebetulan sorg pengamal perubatan islam. Citer simple2 je psl dy pn sibuk n dy xtaw pn psl mksud mimpi tu. but then dy scan bdn sy n dapati ada 2 jin, luar dan dalam badan. Ya Allah! Rasa mcm nk pecah jantung bce msg dy time tu. berdegup kencang.. Dy kata kena rawat buang jin tu sblum pape jadi. Hmm.. Nk merawat tu plak satu halnya. Kalau merawat dgn dia mmg tak dapat la kot. Haha. Mahu family nak caye? Kwang3~ tapi inshaAllah rasanya nk try juga rawat xmau la ada pape yg buruk di masa hadapan nnti. Aku xnk terima apa2 bnda hitam tu dlm hidup ni. Mgkin rawatan tu buat kat rumah mak dia nnti kalau berkesempatan. Kenapalah bleh jadi mcm ni. Mungkin kosong sgt dlm hati ni agaknya. :( papepun, kalau anda2 bermimpi ular, jgnlah ingat ttg jodoh sahaja ye. Ia mungkin mimpi yg baik ataupun buruk. Google la lebih byk lgi utk tafsiran mimpi ttg ular sbb byk lg petanda2 mimpi ular tu yg perlu diketahui. Sekian~

~rASaKOkOy~

Thursday, May 23, 2013

Tribute untuk dia yg ku kagumi

Dia yg ku kagumi

Dlm hidup ku ini, ada seorang jejaka yg amat ku kagumi. Kerana kesetiaannya kepada kedua ibubapanya. Sedang pemuda2 kampung yg lain berlumba2 mencari rezeki di luar negeri jauh dari keluarga, si dia hanya mencari kerja sedekat mungkin dgn org tuanya. Katanya itulah keberkatan, itulah rezekinya. Tidak mungkin dia tinggalkn. Walaupun bekerja di tempatnya itu gajinya agk kecil berbanding di bandar, namun dia tetap berusaha juga dgn membuat kerja sambilan. Dia sanggup buat apa saja, asalkan dapat menjaga org tuanya. Sedang cintanya dikhianati, dicemuh pula kluarga si kekasih, dia mendiam sahaja. Bukan jodoh katanya. Biar hilang kekasih, jgn sesekali hilang keluarga.Namun kini dia tekad utk membuktikn segalanya bukan pd harta. Dia kini sudah mampu melamar seorg gadis dan tak lama lagi bakal menjadi suami si gadis itu. Alhamdulillah.. Aku harap si gadis itu dapat menerima dia sebaiknya, juga dapat membantu menjaga kluarga si dia sebagaimana si dia perlukannya. Itulah tanggungjawab seorg lelaki pd kluarga. Yg utama kedua ibubapa. Sampai akhir usia, itulah tanggungjawabnya. Kau yang ku kagumi. Kau yg sentiasa bermurah hati. Sentiasa ada bila aku perlukan. Semoga kau sentiasa mendapat keberkatan Illahi dlm apa jua yg kau lakukan. Semoga masjid yg bakal dibina bahagia bercahaya bersinar2 dgn redha Illahi. Semoga ke akhir hayat utuhnya. Semoga kedua ibubapamu terus bahagia melahirkn anak sepertimu. Kau, yg masih di dalam ini.

Monday, January 28, 2013

Cemburu~ hehe

Hihi.. Hari ni saya ada sedikit cemburu laaa.. Maklum la, person yang diadmirekan sudah pun mendirikan rumah tangga. Jujur saya cakap saya kekok jugak la masa menghadiri majlis perkahwinan dia aritu. Haha. Mahu tidak! Aku admire dia da lama kot, walaupun xde hajat langsung untuk ada apa2 hubungan tapi dalam hati broken jugak! Haha. Malu2. Aku perasan dia pun mcm tu gak. Ahahaha. Poyo la kau mat! Yg aku cemburunya pasal tadi dia post gmbar wife dia. Tapi bukan pasal cemburu yg aku fikir masa tengok gambar tu. tapi aku terfikir yang indahnya hidup dia sekarng, da ada peneman yang halal. Alhamdulillah. Dia go on dengan life dia, da maju banyak tapak ni. Aku jugak masih di takuk lama. Duk la blajaq kat upm tum pah ceroh situ jah. Bosan.bosan. InshaAllah ni sem last and i will try my best to finish it by this semester jugak! Kena pulun lebih, xmau duk lama2 kt upm lagi dah. Bosaaann.. Haha! Nak keje, nak kawin, nak jadi suri rumah.. Eh! X kot. Hehe. Aku takkan jadi surirumah. Aku nk kerja bagus2 so aku xperlu depend duit suami sgt utk keperluan aku. Duit hubby utk whole fmily, not only for me. Hehe.  Boleh dikatakan member2 baik zaman kanak2 ramai yg da menamatkn zaman bujang mereka, xkira la dengan berkahwin mahupun bertunang. Tahniah sgt2 untuk diorang. Korng bertuah and da memang sepatutnya umur kita ni punya pasangan hidup kan? Ok. Aku je lonely lagi.. Sob2. Tapi aku pasti, si dia ada disana untuk saya. Doakan saya agar bertemu jodoh yang terbaik dalam hidup ini. Untuk menjadi suami terbaik pembimbing saya, dan menjadi ayah yg terbaik buat anak2 saya. InshaAllah. 

Sunday, January 27, 2013

Celebrating Irdina Aulia' 3 YO.

Ok. Tetiba je. Haha. 26/01/13 a.k.a semalam, malam tadi la pendek kata. Kitorang celebrating birthday aulia yang ketiga secara kecil-kecilan. Ala, family kitorang je. Cuma ayah and adinda je yg berjauhan n xdpt celeb sama2. Layan k~











Friday, December 30, 2011

hobby melukis a.k.a menconteng* ;)

Salam sayang.. Tujuan post ni, sebab saja nak tayang hasil karya yang tak seberapa seni ni.. haha. Sebenarnya baru dapat explore semula apps kat fb ni ha.. Graffiti. Sesapa yang suka menconteng *xnk conteng arang dimuka orang ye* bolehla cuba tunjuk bakat disini. Mana tahu tiba2 sangat cantik hasilnya boleh la submit kat gallery. hhihi..

Bawah ni semua kira koleksi tahun ni jugak. Tidak la lama mana pun. Mari2 tinjau ;)

masa saya merindui si dia ;) hihi

ini untuk birthday kawan2. *ye, 22 tahun ni*

hehe.. suka sangat! jom travel~

dibuat masa terkenang kawan2 PKB dlu ;)

yang ini pun sama, sebab diorang semua gila! haha :P

bestfriend ever. insyaAllah.

final exam last semester ;)

nak ajak member2 pi P.D tapi xberjaya. hampeh!

haaa,, yg ini baru buat tadi. *saya rindu oyen*

yang ini pun fresh lagik. utk final exam 2011/2012. semoga berjaya teman2 ;)
usaha sampai berjaya.jangan putus asa di pertengahan jalan.

.never surrender.

~rAsAkOkOy~


KBP KAZOKU>> Broga Hills & Sg.Gabai trip!


salam sayang semua.. hihi.. rindu x? xkan? huhu..
sorry lama xmenulis *malas* buat2 xde masa. hihi.. 
update kali ni nak cerita la sikit pasal kejayaan saya dan rakan2 menganjurkan trip ke Bukit Broga, Semenyih and unexpected trip to Sg. Gabai, Hulu Langat pada 24/12/11 yang lepas. Jauh gak le dari broga nk ke gabai tu.. tengok, kena langkah bro dlu taw.. hehe. (korang paham ke x?).
Perjalanan bermula seawal dari jam 5a.m.. Actually da kumpul awal, semua salah pakgad kolej yang kerek tuh! tapi xleh gak salahkan dia kan, da memang tugas dia.. dia pun mesti xmau makan gaji buta ye x? iyekan ajaa~~

Kami bergerak 4 kereta.. semestinya kereta saya yang cantik ni ;), kereta nad, bad n naqib la tukang2 driver nya.. huhhhh… segar2 semua awal pagi tuh! Oleh kerana 4 driver ni baik hati, dapatla 17 orang pendaki2 tegar *haktuih!* ni melepaskan hajat ke broga setelah sekian lama. *thank to fazira yang handle manusia2 ni.. hehe ;). Bab handle manusia saya lemah sikit, kenderaan boley.. hehe ^_^

Pengembaraan bermula. Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam jugak la dari upm nak ke broga tu.. 5.30a.m tepat kami tiba di kaki bukit broga.. hoyeaah!! Kemain seronok+excited masing2. Sampai2 tu, kitorang buat senam2 regangan panas badan dulu la.. Almaklum le,, 2-3hari sblm nk mendaki baru masing2 start bersenam..haha. warming up diketuai Naqib, sebab dia paling layak kot untuk mengetuai.. *brrr*. Then sesi membahagi makanan by Anis, Nad, dan mereka yg terlibat la.. Siap ada AJK, korang hengat kecil-kecilan ke? Haha.. thanx to Laila la terutamanya kerana buat sandwich telur, n Fazira yang masak sardin tu.. hihi.. Nak mendaki mesti bawak bekal mehh,, torch light xdak xpa..haha.. Btw, oleh kerana kami mendaki di subuh hari, jalan mmg gelap gila la kan.. siap ada aunty jual lampu suluh kat bawah tu.. Ala, perjalanan cuma 1.7km jela ke bukit broga tu.. apa la sangat,, haha *korang ingat naik kereta??*.. Oleh kerana aku la yang paling bersemangat tapi malangnya aku perlu berbangga kerana menjadi org yg terakhir sampai! Haha… Sebenornya gini, aku ada lelah *bagi alasan pulak!* tu pasal xleh lelaju.. Alhamdulillah ada kawan2 yg baikhati menemani aku sepanjang perjalanan sukar tu.. Special lovely thanx to Bad, Deha, Lela, Afaliq, n Kimi.. Sayang sgt2! Paling xleh blah tu aku siap meninggalkan cenderahati kt broga ye.. Korang hade? Xde kannn.. Masa tu mmg da lemah gila nak give up rasa tapi lepas tu Bad bagi kurma. Pehh!! Bagai mendapat kekuatan sepenuhnya.. mmg berkesan! So sapa2 nak naik baik bawak bekal kurma.. 

Dalam pkul 6.45 sampai la kt atas tu (checkpoint 1st). Dugaan beb,, jalan licin sebab gerimis pagi tu.. sesiapa yang berniat nak daki pagi2, sila la pastikan kasut anda betul2 mantap sebab curam boley tahan..botak pulak tu,,so mmg payah la nak daki dengan licin gitu.. kami mmg xberapa lucky that day sbb tujuan asal untuk tgk matahari terbit pun xdptla.. awan tutup L. Kami solat subuh kat atas tu dgn serba cun nyaa,, janji solat… hehehe. Korang tgk la, siap snap aku tgh solat tu. Katanya ada cahaya keimanan bagai.. ish3..
Da sampai tu, kami apa lagi, sesi snap2 la kan… hehe ^_^
Layan la gambar2 ni ;)
Btw, kami turun bawah dalam pukul 10.00 kat bawah and arrived Sg.gabai pkul 10.30… mandi manda la beb,, peluh kotor bagai tu hilangkan dulu.. *anak tangga 300 ye utk sampai ke puncak air terjun, tapi nasihat utk para perempuan yg nak mandi, xpyh la naik tinggi2 tu, kaum lelaki conquer! Mmg xmandi la angpa pun, layan kat bawah jela~*

#mereka yang berjaya sampai dulu
#setelah berjaya (1st checkpoint)
#yeah.. di puncak kejayaan! eh, puncak broga ;) tahniah para pendaki!
*naqib,lela,bad,deha,kuyah,kakdi,nad,yo,afaliq,azim,kimi,qis,fazira,dalyla,tikah,anis,mun*
#cahaya iman? hehe ;)
#masa turun, suka ria! haha
#otw turun suda ;)

tengok. 1.7km jela~~

#afaliq, our guidance. ekeke.. setia dia bersama akak2 nya, haha.. thank afaliq!
#ekekeeke.. saja suka*#
#Sg. Gabai.. relax time~~ ;)

#Sg. Gabai.. tengah masak megi tuh~
Seronok tengok adik-adik kecil yang mendaki and menuruni bukit tu.. bukan main enjoy lagi. Bagus kecik2 da dididik aktif bersukan, belajar mendaki.. *It is all about discipline*.

So, kbp kazoku,, next time datang lagi hokeyy!! kita daki Gunung Tok Wan pulak!! ekekeke.. *harapan la!*
 4.8km je tuh...

P/S: Jangan putus asa, jangan pandang rendah pada kemampuan diri sendiri. Belum cuba, belum tahu. Semangat setiakawan paling utama dalam ekspedisi sebegini. Jangan lupa bekal kurma ;) pembekal tenaga tambahan taw! Semoga berjaya buat mereka yang ingin mencuba.. TAHNIAH KBP KAZOKU for this trip. InsyaAllah, akan ada aktiviti susulan for the next semester. Sila tungguu.. <3

with love:
~rAsAkOkOy~


Sunday, May 8, 2011

Marilah Berdoa.

salam. harini kokoy nak update sikit, pasal himpunan doa yang da kokoy buat. n kokoy buat jdi wallpaper desktop ye ;) hehe... jom kongsi!



selamat beramal (^_^)

~~rAsAkOkOy~~