Friday, April 22, 2016

Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Sepagi di klinik kesihatan. Wahahaha..

2 kaunter je beb bukak untuk pwndaftaran. Sampai pukul 8 pagi, nombor dah 1064 tapi kat kaunter baru 1020. Ekekekee. Bertabahlah kitaa <3

Ini mahu pukul 10 tak setel lagi urusannya ni. Hahahaha. Sabaq2. Sejam je tunggu no untuk pendaftaran. Rileks laaa

Alhamdulillah pukul 10 siap register dan terus pegi jumpa doktor. Memang dah janji nak jumpa Dr. Hidayah untuk amik ubat kencing manis. (Metformin)

Oleh kerana ini kira festime berurusan dengan KK ni sebagai pesakit luar, jadi macam agak serabut sikit. Mybe jugak sebab ramai sangat orang kot. Haha.. Tapi alhamdulillah staff diorang kebanyakannya okay, layanan bagus, lemah lembut je.. Hehe. MA yang amik darah pun sweet je sampai i tak rasa kena cucuk jarum tu. Hihi..

Kaunter amik ubat a.k.a kaunter farmasi memang kat ujung skali tempat nak klua. So bagus la untuk siapa2 ada masalah ingatan tu! Haha.. Cuma satu je nak komplen klinik ni, masih oldskool cara operasi dan simpan data. Fail& kertas2/masih menggunung okayy, macam library belakang kaunter pendaftaran. Haha.

Pkul berapa entah gerak pegi ofis, dan sampai jam 11pagi. Seb bek semua bosses n staff sales ramai yang takde disebabkan ada event kat klcc time tu! Hahahaa. Lega la xpyh apply halfday mehh ;)

Pesakit luar kencing manis yang manis ;)
~rasaKokoy~

Stress!!

Tahu tak kalian stress tu hape?

Haaaa maksudnya dalam kamus hidup aku adalah ko da rajin bersungguh buat sesuatu then something come in the middle of your usaha and pop! U failed! Arrgghhhh

In my case now, penatnya dah menaip satu complete story pasal terapi ion yang eksklusif tapi sebab tak tahu nak upload image kat blog guna phone ni, last2 blogger stop working! Ehhh kuang ajo namanya nii.. Argghhh nak nangiss. Baru je siapkan satu ceramah khas nii.. Huwaaa. Hilang mood mak nak oii!!

Sekian dari yangg menangis tepi bucu katil..
~rasaKokoy~ huwaaaa ;(

Monday, April 18, 2016

Uptown Taman Equine, Seri Kembangan

Halluu Malaysiaa..

Tempat menarik kat Seri Kembangan. Salah satunya pastilah uptown kan? Hehe.. Memang best rupanya lepak uptown nii.. Ku pikirkan jual barang2 sama je semuanyaa.. Rupanyaaa boleh tahan.

Alkisahnya kitorang suami isteri ni saja la berjalan uptown ni. Suamiku nak mencari boot dan lampu untuk kegunaan memancingnya. Pusing2, tak jumpa. Tapi memang tak habis pusing lagi, tak larat berjalan sangat time tu. So sebelum chow, kitorang beli sengkuang calit (fevret kott..hehe) dan juga air jagung kat pintu masuk uptown tu.. Pehh air jagung dia gua cakapp, yang tengah penat semua boleh kuat. Memang terangkat! Jangan lupa singgah beli laa. Rugi tak merasa oiii.

Uptown ni start jam 9 malam tapi aku perhatikan jam 10 malam la baru semua kedai bukak. Kedai tak banyak tapi jual pelbagai barangan. Tidakla kauorang pusing pusing punya jauh jumpa barang yang sama aje kan! Hehe

Actually, macam-macam kedai ada. Dan aku punya pengalaman layanan diorang memang best la.. Kecuali satu kedai tudung yang aku lupa namanya, bini dia layan tak layan sangat tapi suaminya okay layan bersungguh. Maybe bininya tu ada urusan la time tu kott. Haha. Tapi aku membeli la jugak sebijik bubble shawl kat kedai tu. Hehe..

Harga overall okay la. Boleh kawtim punyaa. Barang pun baguss, kualiti standard la uptown kan. Hehe.. Cuma aku pelik, baju-baju blouse perempuan susah bebenor la nak kawtim. Macam fix pulak harganya. Sama harga dengan online, baik beli on9 kan.. Takdela penat menapak. Haha

Kedai makan. Haaaa jangan risau la kalau da pusing2 tu tetiba perut berkeroncong untuk nasik pulak. Kat sini banyak jugak gerai2 makanan dengan aneka pilihan hati untuk santapan perut kalian. Dah try char kuey teow kerang dan asam pedas ikan kembung kat kedai mai taiping char kuey teow. Harga ok boleh tahan. Cuma rasa untuk char kuey teow agak kureng laa. Macam xde umpphhnya tu... Ikan asam pedas tu sedap, puas hati. Asam pedas guna ikan segar dan cara masakannya asam pedas johor *suamiku kata*. Kami jugak dah sempat try makan nasi goreng kampung kat kedai "taste of dean corner". Rasanya sedap jugakla cuma kureng sikitt sebab nasi goreng kampung patutnya warna gelap sikit tapi dia buat warna putih terangg. Haha.. Dah macam nasi goreng cina daaa.

Lepas tu ada jugak kedai terapi ion daaa.. Hehehe. Saja nak toraii. So harini berterapi ion la kite (ye,harini datang lagi ke uptown buat kali ke-4) sebenarnya semalam da datang. Encik suami ni la beria suruh kte buat terapi ion. Sebab banyak sangat penyakit gaknya. Haha. Tapi semalam takde mood dan rupanya suamiku itu memang bersungguh nak kte try terapi ni. So arini merelakan jela kaki untuk berion. Will see the result after terapi ni nanti. Pernah baca katanya terapi ion ni tipu, sebab was was so nak try tengok resultnya. Maklum la iolss sekarang ni skeptikal sikit dengan segala jenis macam perubatan. Mana tahu berkesan untuk rawatan urat2 ku ini. Hehe.. Kalau berkesan nnti kita hupdate lain entri okayy. Oh dan harganya rm10/rawatan.

Kat uptown ni jugak ada dataran lepak2 santai bersama kluarga.. Ada khidmat sewa rollerblade untuk layan sukan memalam. Hehe..

Sikit update, kat belakang area dataran tu ada kedai jual barangan macam beg2 dan kasut2 keperluan camping dan hiking cenggitu. Ada jugak jual jubah lelaki, jubah perempuan tapi x sempat pulak nak usya harga. Hehe. Kasut yg dijual tu original punya, bukan gred2 punya boss. Hehe. Memang menarik..

Gitula sikit2 mengenai uptown seri kembangan ni. Lokasinya kat belakang dari The Atmosphere 360, dan bersebelahan dengan Farm In The City.. Simply waze or google je Uptown Taman Equine. Kompom hade..

Sekian, Siti Naquiah melaporkan ketika berterapi ion namanya. Hehe :)

Wednesday, April 13, 2016

I'm alive

Hahaha.. cis sangat tajuk.
Okayy.. so after 2 years berhibernate, today i decided to start on blogging back (hopefully istiqomah la yerr). Hahaha. Iols is jeles with a good fren of mine yang dah start menulis blog, so kena kejar jugak. Hehe. But she's writing on business marketing thing. I just keep on anything I want! Hehehe.

So many things happened in this two years. But would like to start with my wedding post first since my last post was about bride-to-be. This is just an introduction, because I didn't prepared the script for next post yet. Just a draft so please pardon me. Hehe..

Eh macam ngade je post speaking bagaii.. haha! Biar laaahh. Setidaknya mencuba jugaklah. Sejak2 cuti ni memang langsung takde speaking mahupun writing in English. So baiklah practice dulu, elakkan culture shock semula katanyaa :P

Okayy, till the next post, take care and love ya! Muahxx cikedd! '*okay phone ni tak memahami kehendak iols lagi. Tengah mencuba lagi ni. Hehe.

Kbaaii

~rasakOkOy~

Monday, September 22, 2014

.Bride-2-Be.

Omg.. Omg.. I dah dapat title ni sungguh x sangka. Ekekekeke.. Nak post berkaitan dengan bride to be later2. Tapi sikit je nak nasihat semua.. Jangan overexcited masa kat pameran pengantin ok! Senang2 deposit rm300-500 utk bridal yg blum tentu kualiti. Janji mulut mmg laju je boleh bagi macam2, tiba masa kualiti kurengg haaa,, korang sanggup?? Mestilah tak kan! Raja sehari hokeyy!! So rajin2 jari tu gugel dlu mana2 bridal yang korang nak ambil tu.. Semua dihujung jari la skrg. Pantas pulak tu. Biar hati tenang dlm meniti hari ni. Hihi. Ok, lain2 sambung later hokey!! Bye~ 

Yang syok sendiri,
-rAsAkOkOy-

Wednesday, July 10, 2013

Mimpi Ular

Mimpi ular
Oh mimpi ngeri, saya x pasti mainan tidur atau petanda.. Ya Allah, sekiranya petanda buruk, jauhkanlah diri ini dari perkara yg tidak diingini. Dah 2x mimpi ular. Yg first time mimpi, ular tu masuk ikut belakang badan, yg 2nd time cuma berlegar2 di luar bdan. Astaghfirullah. Bangun2 mmg terus mengucap, rasa sakitnya badan masa tu. terus bukak tenet google pasal mimpi ni. Sblum ni org duk citer mimpi ular pasal jodoh je, tp sy x percaya hanya ttg jodoh padahal mimpi tu amat menakutkan. Takkan la jodoh tu teruk kan? Haha. Mestilah indah..
Ok, setelah membaca beberapa blog, sy tertarik dgn statement tafsiran mimpi ular ni. Blogger tu tulis, kalau mimpi ular tu masuk dlm badan ikut blakang exactly mcm mimpi sy tu, maksudnya ada bnda hitam da msuk dlm badan. Urghh seram! Ok, first of all, mimpi ular ni berkaitan dgn ilmu2 sihir or hitam yg kita x nmpk tu. mimpi kedua pulak ular cuma diluar badan mksudnya benda x masuk dlm badan. So utk kepastian sy cerita kt enchek oren sy yg kebetulan sorg pengamal perubatan islam. Citer simple2 je psl dy pn sibuk n dy xtaw pn psl mksud mimpi tu. but then dy scan bdn sy n dapati ada 2 jin, luar dan dalam badan. Ya Allah! Rasa mcm nk pecah jantung bce msg dy time tu. berdegup kencang.. Dy kata kena rawat buang jin tu sblum pape jadi. Hmm.. Nk merawat tu plak satu halnya. Kalau merawat dgn dia mmg tak dapat la kot. Haha. Mahu family nak caye? Kwang3~ tapi inshaAllah rasanya nk try juga rawat xmau la ada pape yg buruk di masa hadapan nnti. Aku xnk terima apa2 bnda hitam tu dlm hidup ni. Mgkin rawatan tu buat kat rumah mak dia nnti kalau berkesempatan. Kenapalah bleh jadi mcm ni. Mungkin kosong sgt dlm hati ni agaknya. :( papepun, kalau anda2 bermimpi ular, jgnlah ingat ttg jodoh sahaja ye. Ia mungkin mimpi yg baik ataupun buruk. Google la lebih byk lgi utk tafsiran mimpi ttg ular sbb byk lg petanda2 mimpi ular tu yg perlu diketahui. Sekian~

~rASaKOkOy~

Thursday, May 23, 2013

Tribute untuk dia yg ku kagumi

Dia yg ku kagumi

Dlm hidup ku ini, ada seorang jejaka yg amat ku kagumi. Kerana kesetiaannya kepada kedua ibubapanya. Sedang pemuda2 kampung yg lain berlumba2 mencari rezeki di luar negeri jauh dari keluarga, si dia hanya mencari kerja sedekat mungkin dgn org tuanya. Katanya itulah keberkatan, itulah rezekinya. Tidak mungkin dia tinggalkn. Walaupun bekerja di tempatnya itu gajinya agk kecil berbanding di bandar, namun dia tetap berusaha juga dgn membuat kerja sambilan. Dia sanggup buat apa saja, asalkan dapat menjaga org tuanya. Sedang cintanya dikhianati, dicemuh pula kluarga si kekasih, dia mendiam sahaja. Bukan jodoh katanya. Biar hilang kekasih, jgn sesekali hilang keluarga.Namun kini dia tekad utk membuktikn segalanya bukan pd harta. Dia kini sudah mampu melamar seorg gadis dan tak lama lagi bakal menjadi suami si gadis itu. Alhamdulillah.. Aku harap si gadis itu dapat menerima dia sebaiknya, juga dapat membantu menjaga kluarga si dia sebagaimana si dia perlukannya. Itulah tanggungjawab seorg lelaki pd kluarga. Yg utama kedua ibubapa. Sampai akhir usia, itulah tanggungjawabnya. Kau yang ku kagumi. Kau yg sentiasa bermurah hati. Sentiasa ada bila aku perlukan. Semoga kau sentiasa mendapat keberkatan Illahi dlm apa jua yg kau lakukan. Semoga masjid yg bakal dibina bahagia bercahaya bersinar2 dgn redha Illahi. Semoga ke akhir hayat utuhnya. Semoga kedua ibubapamu terus bahagia melahirkn anak sepertimu. Kau, yg masih di dalam ini.

Monday, January 28, 2013

Cemburu~ hehe

Hihi.. Hari ni saya ada sedikit cemburu laaa.. Maklum la, person yang diadmirekan sudah pun mendirikan rumah tangga. Jujur saya cakap saya kekok jugak la masa menghadiri majlis perkahwinan dia aritu. Haha. Mahu tidak! Aku admire dia da lama kot, walaupun xde hajat langsung untuk ada apa2 hubungan tapi dalam hati broken jugak! Haha. Malu2. Aku perasan dia pun mcm tu gak. Ahahaha. Poyo la kau mat! Yg aku cemburunya pasal tadi dia post gmbar wife dia. Tapi bukan pasal cemburu yg aku fikir masa tengok gambar tu. tapi aku terfikir yang indahnya hidup dia sekarng, da ada peneman yang halal. Alhamdulillah. Dia go on dengan life dia, da maju banyak tapak ni. Aku jugak masih di takuk lama. Duk la blajaq kat upm tum pah ceroh situ jah. Bosan.bosan. InshaAllah ni sem last and i will try my best to finish it by this semester jugak! Kena pulun lebih, xmau duk lama2 kt upm lagi dah. Bosaaann.. Haha! Nak keje, nak kawin, nak jadi suri rumah.. Eh! X kot. Hehe. Aku takkan jadi surirumah. Aku nk kerja bagus2 so aku xperlu depend duit suami sgt utk keperluan aku. Duit hubby utk whole fmily, not only for me. Hehe.  Boleh dikatakan member2 baik zaman kanak2 ramai yg da menamatkn zaman bujang mereka, xkira la dengan berkahwin mahupun bertunang. Tahniah sgt2 untuk diorang. Korng bertuah and da memang sepatutnya umur kita ni punya pasangan hidup kan? Ok. Aku je lonely lagi.. Sob2. Tapi aku pasti, si dia ada disana untuk saya. Doakan saya agar bertemu jodoh yang terbaik dalam hidup ini. Untuk menjadi suami terbaik pembimbing saya, dan menjadi ayah yg terbaik buat anak2 saya. InshaAllah. 

Sunday, January 27, 2013

Celebrating Irdina Aulia' 3 YO.

Ok. Tetiba je. Haha. 26/01/13 a.k.a semalam, malam tadi la pendek kata. Kitorang celebrating birthday aulia yang ketiga secara kecil-kecilan. Ala, family kitorang je. Cuma ayah and adinda je yg berjauhan n xdpt celeb sama2. Layan k~











Friday, December 30, 2011

hobby melukis a.k.a menconteng* ;)

Salam sayang.. Tujuan post ni, sebab saja nak tayang hasil karya yang tak seberapa seni ni.. haha. Sebenarnya baru dapat explore semula apps kat fb ni ha.. Graffiti. Sesapa yang suka menconteng *xnk conteng arang dimuka orang ye* bolehla cuba tunjuk bakat disini. Mana tahu tiba2 sangat cantik hasilnya boleh la submit kat gallery. hhihi..

Bawah ni semua kira koleksi tahun ni jugak. Tidak la lama mana pun. Mari2 tinjau ;)

masa saya merindui si dia ;) hihi

ini untuk birthday kawan2. *ye, 22 tahun ni*

hehe.. suka sangat! jom travel~

dibuat masa terkenang kawan2 PKB dlu ;)

yang ini pun sama, sebab diorang semua gila! haha :P

bestfriend ever. insyaAllah.

final exam last semester ;)

nak ajak member2 pi P.D tapi xberjaya. hampeh!

haaa,, yg ini baru buat tadi. *saya rindu oyen*

yang ini pun fresh lagik. utk final exam 2011/2012. semoga berjaya teman2 ;)
usaha sampai berjaya.jangan putus asa di pertengahan jalan.

.never surrender.

~rAsAkOkOy~


KBP KAZOKU>> Broga Hills & Sg.Gabai trip!


salam sayang semua.. hihi.. rindu x? xkan? huhu..
sorry lama xmenulis *malas* buat2 xde masa. hihi.. 
update kali ni nak cerita la sikit pasal kejayaan saya dan rakan2 menganjurkan trip ke Bukit Broga, Semenyih and unexpected trip to Sg. Gabai, Hulu Langat pada 24/12/11 yang lepas. Jauh gak le dari broga nk ke gabai tu.. tengok, kena langkah bro dlu taw.. hehe. (korang paham ke x?).
Perjalanan bermula seawal dari jam 5a.m.. Actually da kumpul awal, semua salah pakgad kolej yang kerek tuh! tapi xleh gak salahkan dia kan, da memang tugas dia.. dia pun mesti xmau makan gaji buta ye x? iyekan ajaa~~

Kami bergerak 4 kereta.. semestinya kereta saya yang cantik ni ;), kereta nad, bad n naqib la tukang2 driver nya.. huhhhh… segar2 semua awal pagi tuh! Oleh kerana 4 driver ni baik hati, dapatla 17 orang pendaki2 tegar *haktuih!* ni melepaskan hajat ke broga setelah sekian lama. *thank to fazira yang handle manusia2 ni.. hehe ;). Bab handle manusia saya lemah sikit, kenderaan boley.. hehe ^_^

Pengembaraan bermula. Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam jugak la dari upm nak ke broga tu.. 5.30a.m tepat kami tiba di kaki bukit broga.. hoyeaah!! Kemain seronok+excited masing2. Sampai2 tu, kitorang buat senam2 regangan panas badan dulu la.. Almaklum le,, 2-3hari sblm nk mendaki baru masing2 start bersenam..haha. warming up diketuai Naqib, sebab dia paling layak kot untuk mengetuai.. *brrr*. Then sesi membahagi makanan by Anis, Nad, dan mereka yg terlibat la.. Siap ada AJK, korang hengat kecil-kecilan ke? Haha.. thanx to Laila la terutamanya kerana buat sandwich telur, n Fazira yang masak sardin tu.. hihi.. Nak mendaki mesti bawak bekal mehh,, torch light xdak xpa..haha.. Btw, oleh kerana kami mendaki di subuh hari, jalan mmg gelap gila la kan.. siap ada aunty jual lampu suluh kat bawah tu.. Ala, perjalanan cuma 1.7km jela ke bukit broga tu.. apa la sangat,, haha *korang ingat naik kereta??*.. Oleh kerana aku la yang paling bersemangat tapi malangnya aku perlu berbangga kerana menjadi org yg terakhir sampai! Haha… Sebenornya gini, aku ada lelah *bagi alasan pulak!* tu pasal xleh lelaju.. Alhamdulillah ada kawan2 yg baikhati menemani aku sepanjang perjalanan sukar tu.. Special lovely thanx to Bad, Deha, Lela, Afaliq, n Kimi.. Sayang sgt2! Paling xleh blah tu aku siap meninggalkan cenderahati kt broga ye.. Korang hade? Xde kannn.. Masa tu mmg da lemah gila nak give up rasa tapi lepas tu Bad bagi kurma. Pehh!! Bagai mendapat kekuatan sepenuhnya.. mmg berkesan! So sapa2 nak naik baik bawak bekal kurma.. 

Dalam pkul 6.45 sampai la kt atas tu (checkpoint 1st). Dugaan beb,, jalan licin sebab gerimis pagi tu.. sesiapa yang berniat nak daki pagi2, sila la pastikan kasut anda betul2 mantap sebab curam boley tahan..botak pulak tu,,so mmg payah la nak daki dengan licin gitu.. kami mmg xberapa lucky that day sbb tujuan asal untuk tgk matahari terbit pun xdptla.. awan tutup L. Kami solat subuh kat atas tu dgn serba cun nyaa,, janji solat… hehehe. Korang tgk la, siap snap aku tgh solat tu. Katanya ada cahaya keimanan bagai.. ish3..
Da sampai tu, kami apa lagi, sesi snap2 la kan… hehe ^_^
Layan la gambar2 ni ;)
Btw, kami turun bawah dalam pukul 10.00 kat bawah and arrived Sg.gabai pkul 10.30… mandi manda la beb,, peluh kotor bagai tu hilangkan dulu.. *anak tangga 300 ye utk sampai ke puncak air terjun, tapi nasihat utk para perempuan yg nak mandi, xpyh la naik tinggi2 tu, kaum lelaki conquer! Mmg xmandi la angpa pun, layan kat bawah jela~*

#mereka yang berjaya sampai dulu
#setelah berjaya (1st checkpoint)
#yeah.. di puncak kejayaan! eh, puncak broga ;) tahniah para pendaki!
*naqib,lela,bad,deha,kuyah,kakdi,nad,yo,afaliq,azim,kimi,qis,fazira,dalyla,tikah,anis,mun*
#cahaya iman? hehe ;)
#masa turun, suka ria! haha
#otw turun suda ;)

tengok. 1.7km jela~~

#afaliq, our guidance. ekeke.. setia dia bersama akak2 nya, haha.. thank afaliq!
#ekekeeke.. saja suka*#
#Sg. Gabai.. relax time~~ ;)

#Sg. Gabai.. tengah masak megi tuh~
Seronok tengok adik-adik kecil yang mendaki and menuruni bukit tu.. bukan main enjoy lagi. Bagus kecik2 da dididik aktif bersukan, belajar mendaki.. *It is all about discipline*.

So, kbp kazoku,, next time datang lagi hokeyy!! kita daki Gunung Tok Wan pulak!! ekekeke.. *harapan la!*
 4.8km je tuh...

P/S: Jangan putus asa, jangan pandang rendah pada kemampuan diri sendiri. Belum cuba, belum tahu. Semangat setiakawan paling utama dalam ekspedisi sebegini. Jangan lupa bekal kurma ;) pembekal tenaga tambahan taw! Semoga berjaya buat mereka yang ingin mencuba.. TAHNIAH KBP KAZOKU for this trip. InsyaAllah, akan ada aktiviti susulan for the next semester. Sila tungguu.. <3

with love:
~rAsAkOkOy~


Sunday, May 8, 2011

Marilah Berdoa.

salam. harini kokoy nak update sikit, pasal himpunan doa yang da kokoy buat. n kokoy buat jdi wallpaper desktop ye ;) hehe... jom kongsi!



selamat beramal (^_^)

~~rAsAkOkOy~~

Wednesday, April 6, 2011

Aku dan rum8 ku :) :: Luahan hati kepada mereka::

bajet hot.. say NO to PAPARAZZI.. nO gOSsip2 okeyh!!
 Ini mesej aku kepada mereka2 yg terbabit>>

Salam.. sekadar nak menjelaskan situasi aku ngan rum8 aku, Norazlida Jamill yg sangat menjadi tanda tanya kepada korang semua [almost kot]>>bajet hot..hahaha<< ... kitorang xgadoh xape, xmelarikan diri xmenjauhkan diri pn... itu satu kerugian sebab balik2 muka ida la jugak yg aku jumpa, xkira kt kolej ke, kt klas ke, pegi kem pun muka dy. hahaha.. mungkin korang tanya2 pasal aku da xduk kt bilik 713 tu.. aku sekadar mencari ketenangan n try to fokus on my study plak sbb result aku xcantek,, and aku mmg amik masa utk study. aku da xnk dgr makayah kecewa lagi. bukan menjauhkan diri dari ida ye.. pliz2. jangan la tanya2 lagi pasni. kesian kt rum8 aku kul 2a.m kne layan msg korang tanya pasal kitorang. baik korang bertahajud kul 2a.m, lbey afdal :)
napa aku xstudy ngn ida? pasal aku bukan jenis study bersama org.. aku pelan2 study, xphm bru tnya and disebabbkan blok C & D ramai budak kos aku, so aku pun duk la area sana. senang nak tanya memandangkan ida agak bz dgn aktiviti dy..
so, aku harap penjelasan aku ni da buat korang x tertanya2 lagi pasal kitorang, korang gi pikir benda lain la plak ye (^_^)
any Q, bley la tanya terus disini... jgn malu2 kami sedia menjawab. n skali lagi, pliz, xpyh msg lagi k. comment je trus kt cni...sume leh baca.
thanx, 

lots of love,
>>Siti Naquiah Mohamad Zahidi with Norazlida Jamil<<

my roomate : NORAZLIDA JAMIL
p/s: pose kegemaran dy.. haha.

roomate ida: SITI NAQUIAH MOHAMAD ZAHIDI :)
p/s: dy pun suka pose sendiri.haha

kami berdua :)
p/s:: event kt k13 masa ni..

sampai pegi kem pun muka kami berdua wakil k11..

lagi kami berdua..
p/s: nk buat gaya titanic tpi aku xtaw guane.. hak3!!


peace>> 
>>kami masih bahagia bersama<<


::lots of love::

~~rAsAkOkOy~~

Kem Al-Falah 2..Pulau Pangkor

aku kne pegi kem al-falah?? uh no... tension sgt rasa masa tu... yelah, kne gi kem on Friday till Sunday. Friday? got Geo Lab ok. mne bley skip. but hv toooo..... da la dpt tawu kne gi kem tu pun on Thursday 11.30p.m.. ko xhangin esok pagi2 da kne bertolak ini malam baru gitaw (>.<). dengan baju penuh kt baldi jek, seb bek ada jugak baju inner yg dpt diselamatkan, so xde la bersalah sgt rasa bwk bju lengan2 pendek tuh. musnah planning2 aku for that weekend. ok! fine,.. bangun2 pagi muka bad, badder, baddest sebab sangat2 xnk pegi even kt Pangkor! disebabkan itu, banyak la benda2 penting yg patut dibawak tertinggal. xpelula nk mention di sini ape tu,, hehe.. biarlah rahsia... pendek citer, kami wakil dari k11 ada la dlm 5org.. yakni diri ku sendiri, Ida J, Apin, Fana n Pija.. Apin, pija n fana tu da penah pi kem al-falah 1st, so dorg mmg tawu agenda kem ni. kami yg berdua ni yg terpinga2 apakah.... so dalam 8.30 bas sampai pickup kitorang kt k11. dlm tu ada la lagi 12 makhluk Allah yg lain menjadikan kami peserta Al-Falah dri UPM berjumlah 17 orang terdiri drpd 9 Putri dan 8 Putra :)
Blum sampai Pangkor lagi kami yang sedang enak dibuai mimpi dikejutkan oleh En. Pau dengan tugasan yang perlu kami lakukan di Lumut. tugasnya, menyiasat sosio-ekonomi masyarakat di Pekan Lumut. ok, turun2 bas, terus buat asmt tu. Naik feri hepy2,, buat macam RETREAT la.. ahhahaha... seronok gak sebab dapat bercuti. kat Pangkor plak terus diberi tugasan kedua utk sosio-ekonomi di Pekan Pangkor plak.

Pekan Pulau Pangkor,, indah ;)







Bawah ni gambar2 kat Perkampungan Nelayan plak::


glamer u makcik ni.. ramai peminat :)
putra2 pulak menemuramah si pakcik ;)

sebelum balik.. gambar mesti ada.. hehe
the next day, Saturday 2nd of April 2011.... ExplorAceeeEE!! i like <3
best giler... sampai xpercaya checkpoint luar resort. haha.... jauh kot. paling xtahan kne makan bawang, telur mentah n jering.. hak3... seb baek da prepare air mineral sbb penat sgt mencari checkpoint tersembunyi tu.. hehe... thanx to the putra2 la especially. soalan2 mencabar minda ingatan kami semua adalah berkenaan Perlembagaan Malaysia.. Ape da org Melayu sendiri xingt perlembagaan ke? hahaha...terkial2 sume.. n yUp! kem ni mmg fokus kepada org Melayu. n from this camp la i tawu maksud alif-ba-ta, kita sudah tiada masa tu. Alif= agama. Ba= bangsa, Ta= tanahair..
posing jgn lupa.. haha


pengubat kepenatan ;)

yeahh.. jawab jgn x jawab!!
petang tu aktiviti cancel,, so terjun kolam la,, ape lagik!!
ok.. kat blakang tu budak2 UKM>> adoiii<
tepi kolam... sebelum terjun! hehe
memang naik semangat bangsa aku ikut camp ni... best2!

3rd day n final day,, Sunday 3 April 2011.... Penutup... Bangun lambat!! silakan menonton mata2 stim kami ;

masih cun lagi kan?? hehe
seb bek si Apin mengejutkan kami tepat2 jam 8.30 pagi,, melepas Nasi Lemak as breakfast that morning. presentation diteruskan dengan menaikkan semangat bangsa. Yang paling dinanti:: keputusan Explorace.. yeaahhh... mestilah kami menang tpi ditempat kedua..hehe.. Pertama adalah dari UPSI. Tahniah u olss...
tpi kitorang la kowt yg paling kecoh..haha.. UPM= universiti paling2 M___ la katakan.. sume nk kutip. in addition, apa yg we all bincangkan n bentangkan akan di beri kpd KPT utk diambil tindakan. Gud job rite?hehe... dan dari sini tertubuhlah Sekretariat Al-Falah (SAF).
Kami bergerak pulang ke Lumut jam 2.30 p.m dengan rasa berat hati gak ar [hv to go back college!!] dan tiba di kolej jam 10p.m... lama giler perjalanan,, tpi perjalanan kami dihiasi dengan alunan muzik indah dan suara2 merdu peserta2 UPM ni.. haha,, gila sengal dorang ni.!
Anyway,, I really love this camp and xkesah ada next2 kesinambungan lagi... hehe :) [sebab memang akan ada pun...]
Bubbye Pangkorr.....................

c yaaa (^____^)
Tempat: Pulau Pangkor, Perak
Penginapan: Teluk Dalam Resort. mmg cun!
Program: Kem Lanjutan Pemikiran Al-Falah
Tarikh: 1-3 April 2011
By: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
IPTA terlibat: UniMAP, UUM,USM,UPSI,UM,UKM,UPM,UPNM,UMP.

ni sedikit gambar2 untuk dilayan>>

selamat tinggal dari kami ;(

with Najib (UPNM),, mmg admired giler aku ngn mamat ni. Serius terbaik. 

with rum8:: Norazlida Jamil

group UPM

::lots of love::
~~rAsAkOkOy~~