Friday, April 22, 2016

Klinik Kesihatan Seri Kembangan

Sepagi di klinik kesihatan. Wahahaha..

2 kaunter je beb bukak untuk pwndaftaran. Sampai pukul 8 pagi, nombor dah 1064 tapi kat kaunter baru 1020. Ekekekee. Bertabahlah kitaa <3

Ini mahu pukul 10 tak setel lagi urusannya ni. Hahahaha. Sabaq2. Sejam je tunggu no untuk pendaftaran. Rileks laaa

Alhamdulillah pukul 10 siap register dan terus pegi jumpa doktor. Memang dah janji nak jumpa Dr. Hidayah untuk amik ubat kencing manis. (Metformin)

Oleh kerana ini kira festime berurusan dengan KK ni sebagai pesakit luar, jadi macam agak serabut sikit. Mybe jugak sebab ramai sangat orang kot. Haha.. Tapi alhamdulillah staff diorang kebanyakannya okay, layanan bagus, lemah lembut je.. Hehe. MA yang amik darah pun sweet je sampai i tak rasa kena cucuk jarum tu. Hihi..

Kaunter amik ubat a.k.a kaunter farmasi memang kat ujung skali tempat nak klua. So bagus la untuk siapa2 ada masalah ingatan tu! Haha.. Cuma satu je nak komplen klinik ni, masih oldskool cara operasi dan simpan data. Fail& kertas2/masih menggunung okayy, macam library belakang kaunter pendaftaran. Haha.

Pkul berapa entah gerak pegi ofis, dan sampai jam 11pagi. Seb bek semua bosses n staff sales ramai yang takde disebabkan ada event kat klcc time tu! Hahahaa. Lega la xpyh apply halfday mehh ;)

Pesakit luar kencing manis yang manis ;)
~rasaKokoy~

Stress!!

Tahu tak kalian stress tu hape?

Haaaa maksudnya dalam kamus hidup aku adalah ko da rajin bersungguh buat sesuatu then something come in the middle of your usaha and pop! U failed! Arrgghhhh

In my case now, penatnya dah menaip satu complete story pasal terapi ion yang eksklusif tapi sebab tak tahu nak upload image kat blog guna phone ni, last2 blogger stop working! Ehhh kuang ajo namanya nii.. Argghhh nak nangiss. Baru je siapkan satu ceramah khas nii.. Huwaaa. Hilang mood mak nak oii!!

Sekian dari yangg menangis tepi bucu katil..
~rasaKokoy~ huwaaaa ;(

Monday, April 18, 2016

Uptown Taman Equine, Seri Kembangan

Halluu Malaysiaa..

Tempat menarik kat Seri Kembangan. Salah satunya pastilah uptown kan? Hehe.. Memang best rupanya lepak uptown nii.. Ku pikirkan jual barang2 sama je semuanyaa.. Rupanyaaa boleh tahan.

Alkisahnya kitorang suami isteri ni saja la berjalan uptown ni. Suamiku nak mencari boot dan lampu untuk kegunaan memancingnya. Pusing2, tak jumpa. Tapi memang tak habis pusing lagi, tak larat berjalan sangat time tu. So sebelum chow, kitorang beli sengkuang calit (fevret kott..hehe) dan juga air jagung kat pintu masuk uptown tu.. Pehh air jagung dia gua cakapp, yang tengah penat semua boleh kuat. Memang terangkat! Jangan lupa singgah beli laa. Rugi tak merasa oiii.

Uptown ni start jam 9 malam tapi aku perhatikan jam 10 malam la baru semua kedai bukak. Kedai tak banyak tapi jual pelbagai barangan. Tidakla kauorang pusing pusing punya jauh jumpa barang yang sama aje kan! Hehe

Actually, macam-macam kedai ada. Dan aku punya pengalaman layanan diorang memang best la.. Kecuali satu kedai tudung yang aku lupa namanya, bini dia layan tak layan sangat tapi suaminya okay layan bersungguh. Maybe bininya tu ada urusan la time tu kott. Haha. Tapi aku membeli la jugak sebijik bubble shawl kat kedai tu. Hehe..

Harga overall okay la. Boleh kawtim punyaa. Barang pun baguss, kualiti standard la uptown kan. Hehe.. Cuma aku pelik, baju-baju blouse perempuan susah bebenor la nak kawtim. Macam fix pulak harganya. Sama harga dengan online, baik beli on9 kan.. Takdela penat menapak. Haha

Kedai makan. Haaaa jangan risau la kalau da pusing2 tu tetiba perut berkeroncong untuk nasik pulak. Kat sini banyak jugak gerai2 makanan dengan aneka pilihan hati untuk santapan perut kalian. Dah try char kuey teow kerang dan asam pedas ikan kembung kat kedai mai taiping char kuey teow. Harga ok boleh tahan. Cuma rasa untuk char kuey teow agak kureng laa. Macam xde umpphhnya tu... Ikan asam pedas tu sedap, puas hati. Asam pedas guna ikan segar dan cara masakannya asam pedas johor *suamiku kata*. Kami jugak dah sempat try makan nasi goreng kampung kat kedai "taste of dean corner". Rasanya sedap jugakla cuma kureng sikitt sebab nasi goreng kampung patutnya warna gelap sikit tapi dia buat warna putih terangg. Haha.. Dah macam nasi goreng cina daaa.

Lepas tu ada jugak kedai terapi ion daaa.. Hehehe. Saja nak toraii. So harini berterapi ion la kite (ye,harini datang lagi ke uptown buat kali ke-4) sebenarnya semalam da datang. Encik suami ni la beria suruh kte buat terapi ion. Sebab banyak sangat penyakit gaknya. Haha. Tapi semalam takde mood dan rupanya suamiku itu memang bersungguh nak kte try terapi ni. So arini merelakan jela kaki untuk berion. Will see the result after terapi ni nanti. Pernah baca katanya terapi ion ni tipu, sebab was was so nak try tengok resultnya. Maklum la iolss sekarang ni skeptikal sikit dengan segala jenis macam perubatan. Mana tahu berkesan untuk rawatan urat2 ku ini. Hehe.. Kalau berkesan nnti kita hupdate lain entri okayy. Oh dan harganya rm10/rawatan.

Kat uptown ni jugak ada dataran lepak2 santai bersama kluarga.. Ada khidmat sewa rollerblade untuk layan sukan memalam. Hehe..

Sikit update, kat belakang area dataran tu ada kedai jual barangan macam beg2 dan kasut2 keperluan camping dan hiking cenggitu. Ada jugak jual jubah lelaki, jubah perempuan tapi x sempat pulak nak usya harga. Hehe. Kasut yg dijual tu original punya, bukan gred2 punya boss. Hehe. Memang menarik..

Gitula sikit2 mengenai uptown seri kembangan ni. Lokasinya kat belakang dari The Atmosphere 360, dan bersebelahan dengan Farm In The City.. Simply waze or google je Uptown Taman Equine. Kompom hade..

Sekian, Siti Naquiah melaporkan ketika berterapi ion namanya. Hehe :)

Wednesday, April 13, 2016

I'm alive

Hahaha.. cis sangat tajuk.
Okayy.. so after 2 years berhibernate, today i decided to start on blogging back (hopefully istiqomah la yerr). Hahaha. Iols is jeles with a good fren of mine yang dah start menulis blog, so kena kejar jugak. Hehe. But she's writing on business marketing thing. I just keep on anything I want! Hehehe.

So many things happened in this two years. But would like to start with my wedding post first since my last post was about bride-to-be. This is just an introduction, because I didn't prepared the script for next post yet. Just a draft so please pardon me. Hehe..

Eh macam ngade je post speaking bagaii.. haha! Biar laaahh. Setidaknya mencuba jugaklah. Sejak2 cuti ni memang langsung takde speaking mahupun writing in English. So baiklah practice dulu, elakkan culture shock semula katanyaa :P

Okayy, till the next post, take care and love ya! Muahxx cikedd! '*okay phone ni tak memahami kehendak iols lagi. Tengah mencuba lagi ni. Hehe.

Kbaaii

~rasakOkOy~

Monday, September 22, 2014

.Bride-2-Be.

Omg.. Omg.. I dah dapat title ni sungguh x sangka. Ekekekeke.. Nak post berkaitan dengan bride to be later2. Tapi sikit je nak nasihat semua.. Jangan overexcited masa kat pameran pengantin ok! Senang2 deposit rm300-500 utk bridal yg blum tentu kualiti. Janji mulut mmg laju je boleh bagi macam2, tiba masa kualiti kurengg haaa,, korang sanggup?? Mestilah tak kan! Raja sehari hokeyy!! So rajin2 jari tu gugel dlu mana2 bridal yang korang nak ambil tu.. Semua dihujung jari la skrg. Pantas pulak tu. Biar hati tenang dlm meniti hari ni. Hihi. Ok, lain2 sambung later hokey!! Bye~ 

Yang syok sendiri,
-rAsAkOkOy-

Wednesday, July 10, 2013

Mimpi Ular

Mimpi ular
Oh mimpi ngeri, saya x pasti mainan tidur atau petanda.. Ya Allah, sekiranya petanda buruk, jauhkanlah diri ini dari perkara yg tidak diingini. Dah 2x mimpi ular. Yg first time mimpi, ular tu masuk ikut belakang badan, yg 2nd time cuma berlegar2 di luar bdan. Astaghfirullah. Bangun2 mmg terus mengucap, rasa sakitnya badan masa tu. terus bukak tenet google pasal mimpi ni. Sblum ni org duk citer mimpi ular pasal jodoh je, tp sy x percaya hanya ttg jodoh padahal mimpi tu amat menakutkan. Takkan la jodoh tu teruk kan? Haha. Mestilah indah..
Ok, setelah membaca beberapa blog, sy tertarik dgn statement tafsiran mimpi ular ni. Blogger tu tulis, kalau mimpi ular tu masuk dlm badan ikut blakang exactly mcm mimpi sy tu, maksudnya ada bnda hitam da msuk dlm badan. Urghh seram! Ok, first of all, mimpi ular ni berkaitan dgn ilmu2 sihir or hitam yg kita x nmpk tu. mimpi kedua pulak ular cuma diluar badan mksudnya benda x masuk dlm badan. So utk kepastian sy cerita kt enchek oren sy yg kebetulan sorg pengamal perubatan islam. Citer simple2 je psl dy pn sibuk n dy xtaw pn psl mksud mimpi tu. but then dy scan bdn sy n dapati ada 2 jin, luar dan dalam badan. Ya Allah! Rasa mcm nk pecah jantung bce msg dy time tu. berdegup kencang.. Dy kata kena rawat buang jin tu sblum pape jadi. Hmm.. Nk merawat tu plak satu halnya. Kalau merawat dgn dia mmg tak dapat la kot. Haha. Mahu family nak caye? Kwang3~ tapi inshaAllah rasanya nk try juga rawat xmau la ada pape yg buruk di masa hadapan nnti. Aku xnk terima apa2 bnda hitam tu dlm hidup ni. Mgkin rawatan tu buat kat rumah mak dia nnti kalau berkesempatan. Kenapalah bleh jadi mcm ni. Mungkin kosong sgt dlm hati ni agaknya. :( papepun, kalau anda2 bermimpi ular, jgnlah ingat ttg jodoh sahaja ye. Ia mungkin mimpi yg baik ataupun buruk. Google la lebih byk lgi utk tafsiran mimpi ttg ular sbb byk lg petanda2 mimpi ular tu yg perlu diketahui. Sekian~

~rASaKOkOy~

Thursday, May 23, 2013

Tribute untuk dia yg ku kagumi

Dia yg ku kagumi

Dlm hidup ku ini, ada seorang jejaka yg amat ku kagumi. Kerana kesetiaannya kepada kedua ibubapanya. Sedang pemuda2 kampung yg lain berlumba2 mencari rezeki di luar negeri jauh dari keluarga, si dia hanya mencari kerja sedekat mungkin dgn org tuanya. Katanya itulah keberkatan, itulah rezekinya. Tidak mungkin dia tinggalkn. Walaupun bekerja di tempatnya itu gajinya agk kecil berbanding di bandar, namun dia tetap berusaha juga dgn membuat kerja sambilan. Dia sanggup buat apa saja, asalkan dapat menjaga org tuanya. Sedang cintanya dikhianati, dicemuh pula kluarga si kekasih, dia mendiam sahaja. Bukan jodoh katanya. Biar hilang kekasih, jgn sesekali hilang keluarga.Namun kini dia tekad utk membuktikn segalanya bukan pd harta. Dia kini sudah mampu melamar seorg gadis dan tak lama lagi bakal menjadi suami si gadis itu. Alhamdulillah.. Aku harap si gadis itu dapat menerima dia sebaiknya, juga dapat membantu menjaga kluarga si dia sebagaimana si dia perlukannya. Itulah tanggungjawab seorg lelaki pd kluarga. Yg utama kedua ibubapa. Sampai akhir usia, itulah tanggungjawabnya. Kau yang ku kagumi. Kau yg sentiasa bermurah hati. Sentiasa ada bila aku perlukan. Semoga kau sentiasa mendapat keberkatan Illahi dlm apa jua yg kau lakukan. Semoga masjid yg bakal dibina bahagia bercahaya bersinar2 dgn redha Illahi. Semoga ke akhir hayat utuhnya. Semoga kedua ibubapamu terus bahagia melahirkn anak sepertimu. Kau, yg masih di dalam ini.